BACK TO SCHOOL

PROGRAM BACK TO SCHOOL
adalah program tahunan anjuran
Pertubuhan Kebajikan dan Prihatin Kulai atau lebih dikenali sebagai KULAICARE
Program Back To School diadakan bertujuan untuk :
Memberikan bantuan awal persekolah kepada anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar Daerah Kulai,Johor. Dengan bantuan ini, ia sedikit sebanyak dapat menceriakan anak-anak bagi memulakan persekolah sesi 2021.
Ada ibubapa yang anak-anak ramai. Pendapatan yang diperolehi tidak besar. Untuk memenuhi keperluan pendidikan anak-anak agar sukar buat mereka. Justeru itu, ibubapa dalam ketegori inilah yang perlu kita bantu.
Tambahan pula, negara kita sekarang ini sedang dilanda pendemik Covid-19. Ada ibubapa yang hilang pekerjaan. Hilang sumber pendapatan. Kelangsungan hidup perlu diteruskan. Keluarga seperti ini ramai diluar sana. Ada yang kena potong gaji, ada yang dapat pekerjaan baru dengan gaji yang sedikit tak seperti sebelumnya. Sedih.
KULAICARE sukacita mengajak tuan/puan sekalian, untuk bersama-sama kami membantu saudara kita yang kurang berkempuan ini.
Kita bantu berikan sedikit bantuan awal persekohan pada anak-anak mereka.
Ringan sikit beban ibubapa. Hari ini kta tolong mereka, esok lusa mereka akan tolong kita pula.
Kita bercadang untuk mengagihkan sumbangan ini mengikut batch (fasa) :
Batch 1 : Melibatkan 100 keluarga
(agihan akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021)
Kita sasarkan 3 batch sumbangan...
Islam mengalakkan umatnya bersedeka. Ajaibnya sedekah ni, bila kita sedekah, rezeki kita akan bertambah luas. Ada yang diberikan nikmat kesihatan atas asbab bersedekah, ada yang dikurniakan anak-anak yang soleh dan pelbagai lagi.
Marilah kita laksanakan ibadah sedekah yang penuh berakah ini.
Hidup kita insyaAllah akan jadi lebih tenang.
PEMBERITAHUAN
KUTIPAN DANA TELAH DITUTUP.
SEBANYAK 32 SET KIT BACK TO SCHOOL YANG BERJAYA DISERAHKAN.