Akaun kulaicare.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

TABUNG PRIHATIN - ADIK MUHAMMAD SHAFI ADYAN (PESAKIT JANTUNG BERLUBANG)

TABUNG PRIHATIN - ADIK MUHAMMAD SHAFI ADYAN (PESAKIT JANTUNG BERLUBANG)
Takdir Allah, telah mempertemukan kami KulaiCare dengan keluarga adik Muhammad Shafi Adyan yang baru berumur 1 tahun didiagnosis penyakit  Jantung Berlubang (Moderate Ventricular Septal Defect in Failure).

Anak bungsu bagi pasangan En. Mohd Salihin bin Juwaher dan Puan Jamilah binti Hamidi yang kini menetap di Kampung Rimba Terjun, Pontian Johor.

   

 

Sumber pendapatan utama bapanya sebagai pekerja kontrak di TNB, dengan bayaran gaji sekitar RM 1500.00


LAPORAN PERUBATAN

Si kecil ini dikesan mengalami masalah kesihatan pada usia 1 bulan dan kemudiannya telah dirujuk Klinik Paeditric Cardiology, Hospital Sultanah Aminah.

Setelah mengikuti beberapa siri pemeriksaan dan pemantauan, kes ini telah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN). Pada 16 Februari yang lalu, si kecil telah pun menerima rawatan awal di IJN.

Si kecil ini dijadualkan untuk masuk ke wad IJN pada 22 Mac bagi menjalani prosedur VSD dengan anggaran kos RM30,000. Alhamdulillah, pihak kerajaan telah bersetuju memberikan subsidi berjumlah RM15,000.






MENCARI DANA BANTUAN

Sejak menerima pemakluman prosedur rawatan IJN tersebut, keluarga En. Mohd Salihin, saudara mara, jiran serta rakan sekerja telah mula mengumpul dana.  Maklumat terkini yang kami terima, sejumlah RM7,000 telah berjaya dikumpul.

Atas rasa prihatin dan bertanggungjawab, kami di KulaiCare telah menghulurkan sumbangan awal hasil derma orang ramai. Kami juga turut melancarkan Tabung Prihatin bagi membantu adik Muhammad  Shafi bagi menampung kos prosedur VSD.

 




Maklumat bantuan:

Sasaran : RM8,000 (baki kos rawatan) + RM2,000 (sumbangan sara hidup semasa / lain-lain buat ibu bapa)

Tarikh tutup sumbangan : 22 Mac 2021 (atau  sehingga dana mencukupi)


Kami amat berharap bantuan anda dan rakyat Malaysia yang sedang membaca kempen ini agar dapat menyegerakan prosedur VSD buat adik Muhamad Shafi Adyan.

Marilah kita memberikan sinar harapan buat si kecil agar dapat menjalani kehidupan normal. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan beliau dan keluarga asbab sumbangan yang dihulurkan


Ayuh ! Sama-sama kita berbagi rezeki. Jika bukan kita, siapa lagi ?



PEMBERITAHUAN

KUTIPAN DANA TELAH DITUTUP.

TERIMA KASIH ATAS SEGALA SUMBANGAN DAN SOKONGAN.


Hubungi Kami