Akaun kulaicare.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

GEROBOK REZEKI RAMADAN 1442H

GEROBOK REZEKI RAMADAN 1442H

‘Gerobok Rezeki Ramadan’ 1442H



KulaiCare mempelawa para dermawan untuk berkongsi rezeki dan menggandakan amalan melalui aktiviti-aktiviti kebajikan, kemasyarakatan dan keagamaan berkaitan Ramadan.
Sebanyak empat (4) aktiviti utama yang bakal / sedang dilaksanakan:


1. Tajaan Iftar

Ia melibatkan beberapa lokasi terpilih di sekitar daerah Kulai dan negeri Johor. Anggaran perbelanjaan bagi setiap lokasi iftar, RM 200 untuk 50 orang.





2. Edaran Bubur Lambuk

Program tradisi yang juga merupakan program tahunan kami.  Antara penerima juadah "secret recipe" ini  para petugas kesihatan, anggota polis serta anggota BOMBA. Tak lupa juga masyarakat setempat. Dengan RM 500 kami dapat menyediakan 1 periuk besar bubur lambuk.

 

  


 




Sama-sama kita berdoa semoga kedua-dua aktiviti tersebut bertepatan dengan sabdaan baginda nabi saw.



مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun juga.” (HR. Tirmidzi no. 807)




3. Kuliah 15 Minit (KUL-MIT) Online 

Buat julung-julung kalinya, kami menggunakan siaran langsung Facebook Page bagi perkongsian ilmu agama di mana para asatizah yang dijemput bakal berkongsi ilmu untuk persiapan menyambut Ramadan.  Semoga perkongsian Ilmu bermanfaat ini memungkinkan kita beroleh pahala yang mengalir sehingga ke alam barzakh.




4.   Edaran Bakul Makanan

Menerusi rekod penerima manfaat sedia ada, kami berharap dapat menggembirakan mereka di kalangan para asnaf, ibu tunggal, pesakit kronik serta mereka yang hilang pendapatan, dalam menempuhi Ramadan kali ini. Setiap pek Bakul Makanan dianggarkan bernilai RM40. 

 




Sekali lagi, KulaiCare ingin mempelawa semua  pihak bersama-sama menjayakan agar aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Dengan sokongan dan bantuan anda semua, kempen 'Gerobok Rezeki Ramadan' 1442H In sha' Allah akan mencapai matlamat dan sasaran yang ditentukan. 

من أنفق زوجين في سبيل الله، نودي في الجنة يا عبد الله، هذا خير: فمن كان من أهل الصلاة دُعي من باب الصلاة، ومن كان من أهل الجهاد دُعي من باب الجهاد، ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

“Orang memberikan menyumbangkan dua harta di jalan Allah, maka ia akan dipanggil oleh salah satu dari pintu surga: “Wahai hamba Allah, kemarilah untuk menuju kenikmatan”. Jika ia berasal dari golongan orang-orang yang suka mendirikan shalat, ia akan dipanggil dari pintu shalat, yang berasal dari kalangan mujahid, maka akan dipanggil dari pintu jihad, jika ia berasal dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (HR. Bukhari no.3666, Muslim no. 1027)

PEMBERITAHUAN

KUTIPAN DANA TELAH DITUTUP.


Hubungi Kami