TABUNG MASIH ADA YANG SAYANG

TABUNG "MASIH ADA YANG SAYANG"
adalah program tahunan anjuran
Pertubuhan Kebajikan dan Prihatin Kulai atau lebih dikenali sebagai KULAICARE
Tabung ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para individu dan masyarakat untuk turut serta dalam membantu menjayakan misi kebajikan KulaiCare agar kami dapat terus aktif melaksanakan apa yang telah dirancang dan juga membantu kami untuk menguruskan dan menggerakkan NGO ini.
Antara usaha kebajikan dan kemanusiaan yang bakal dimanfaatkan melalui tabung ini seperti:
1. Bantuan Kes Terkandas / Terdampar.
2. Bantuan Perubatan Pesakit Kronik.
3. Bantuan Musibah (Kemalangan / Kebakaran / Ribut / Banjir dan lain-lain)
4. Bantuan Tambang.
5. Bantuan Am Kecemasan (Bantuan kebajikan dan kemanusia selain dari yang dinyatakan di atas seperti bantuan terhadap gelandangan, aktiviti-aktiviti umum dan sebagainya.
Sekiranya anda merasakan usaha kebajikan dan kemanusiaan yang dilakukan KulaiCare ini wajar dan perlu diteruskan, maka kami ingin mengajar anda semua untuk bersama-sama memastikan agar pelbagai program yang telah dirancang dapat dinikmati impaknya kepada golongan sasar seperti keluarga miskin asnaf, ibu tunggal, pesakit kronik serta mereka yang memerlukan.
Semoga Tabung "Masih Ada Yang Sayang" ini mencapai sasarannya.
Maklumat Kempen :
1. Sasaran dana yang diperlukan : RM5,000 sebulan.
2. 1 Lot tajaan : RM25 sahaja atau seberapa sahaja termampu.
3. Dana Tabung "Masih Ada Yang Sayang" disalurkan untuk :
- Menggerakkan program kebajikan dan kemanusiaan di dalam dan luar negara.
- Pentadbiran dan operasi pertubuhan
- Hebahan kempen dan program
Harapan kami :
Sokongan anda merupakan tanda sayang anda buat mereka yang diuji dengan kesukaran dan kepayahan hidup.
Sokongan ini juga turut membantu kami untuk mempunyai dana kewangan agar kami dapat menjalankan lebih banyak usaha kebajikan dan kemanusiaan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarga yang memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.
AYUH, BANTU KAMI UNTUK MEMBANTU MEREKA.
Nabi SAW pernah bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.”
(Riwayat al-Tirmizi)